Perihal ECI

LATAR BELAKANG
Excellent Cabinet Industries Sdn Bhd (ECI), mula beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2008. ECI menumpukan aktiviti utamanya dalam membekal keperluan kontrak pusat bagi membuat, membekal, menghantar dan memasang perabot. ECI juga mengeluarkan produk-produk papan bergergaji, perabot untuk keperluan rumah serta pejabat seperti pintu, meja, kerusi, jendela, katil, kabinet dapur dan lain-lain produk berasaskan kayu. Walaupun terdapat banyak cabaran dalam urusniaga dengan pelanggan, dengan khidmat serta cara pengurusan yang betul maka ECI telah berjaya mendapat kepercayaan yang penuh bagi menjalankan urusniaga dengan mereka hingga kini.
ECI diwujudkan oleh pemilik syarikat ini atas dasar minat yang mendalam dalam bidang perniagaan serta semangat untuk berdikari. lanya juga selaras dengan hasrat dan seruan Kerajaan yang inginkan usahawan-usahawan untuk menceburi bidang perniagaan pada usia muda agar agenda melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang berkualiti dapat dikekalkan dengan strategi dan formula pendekatan yang lebih baik.

PRINSIP KAMI
ECI menyedari untuk mencipta nama baik, mencipta kejayaan, mencipta keyakinan dan mencipta kepercayaan, memerlukan jangka masa yang panjang. Namun dengan kesungguhan, keupayaan, keberanian dan dedikasi serta semangat daya saing yang tinggi, ECI yakin dan mampu untuk menjadi sebuah syarikat yang berdaya tahan serta dapat menembusi pasaran global pada masa hadapan.

VISI
Berkembang menjadi sebuah syarikat yang berjaya serta berdaya saing di peringkat antarabangsa dalam industri pemprosesan produk kayu, pembuatan perabot dan perkhidmatan.

MISI
Menghasilkan produk kayu yang bermutu tinggi, memberikan khidmat yang cemerlang dan mengutamakan kepuasan pelanggan

aPA kATA pELANGGAN KAMI

Saya sangat berpuas hati dengan kualiti kerja kabinet yang disiapakan berserta dengan harga yang berpatutan Mira Hassan

Harga yang murah, kualiti kerja yang ,memuaskan dan cepat dan pantas mebuat pemasangan selepas membuat pembayaran Salahuddin Ahmad